Friday, February 13, 2015

Busy Again

Agak lama juga tak menulis di blog kerana kekangan waktu untuk mengarang. Bila ada waktu terluang, ianya dihabiskan dengan mencari ruang serta peluang untuk berniaga dan bersama keluarga. Dan sudah lama jugak aku tidak berpeluang untuk mengikuti acara yang berkait dengan kelab Exoraku, malah turun untuk sessi teh tarik mingguan pun lama benar tak pergi. Serba salah rasanya sebab aku ni telah dilantik sebagai AJK Acara/Event, tapi not that active lately. Bukan sengaja tetapi tidak berkesempatan.


So, rasa dah tiba masa nak buat pembersihan sawang kejap kat blog ni. Akan update a few on my next post.

Terima kasih.

Monday, January 12, 2015

Restoran : LeQUE

Unexpected for me, blog Bersama Exoraku ni telah di baca oleh Chef Ibrahim yang merupakan kenalan yang menguruskan Casa Rasa Sayang yang pernah aku tulis sebelum ini.

Rupanya Chef Ibrahim dah bukak sebuah restoran di kawasan Jonker Walk, Melaka. Setelah mendapat maklumat ini dari beliau, aku buat perancangan untuk membawa keluargaku makan di restoran beliau. Dari sehari ke sehari aku plan tak jadi-jadi, lastly on 11th January 2015 aku berpeluang makan di Restoran LeQUE.

Nak cari restoran ni mungkin a bit tricky untuk mereka yang tak biasa dengan kawasan Melaka especially Jonker Walk. Tapi nak senang, kita just cari jalan ke Hotel Casa Del Rio sebab restoran ni betul-betul bersebelahan dengannya. Kalau ikut jalan depan (pintu LeQUE bahagian hadapan), memang tak boleh nak parking, so the best is still masuk melalui jalan belakang iaitu yang bersebelahan dengan Hotel Casa Del Rio tu. Kat situ kurang sikit busy plus ada ruang untuk parking along roadside.
 
Exoraku parking di pintu belakang Restoran LeQUE
LeQUE dari hadapan (sebelah kiri)
100% Halal Western Menu in Jonker Walk. No alcoholic beverages.
Setup dalaman yang simple yet clean dan selesa.
Masuk je Restoran LeQUE, kami disambut oleh staff restoran yang mesra. Aku tak pun info Chef Ibrahim yang aku nak datang. Just terjah je sebab kebetulan time tu ada dekat-dekat area tu dan waktu lunch pun dah nak dekat. Chef Ibrahim pun agak surprised bila nampak aku.

Selepas get seated, kami pun order. Pelayan memang mesra. Masa menunggu air dan makanan pun tak lama. Chef Ibrahim memang pakar dalam masakan Barat, so kami sekeluarga order menu-menu western tengahari tu. Ada juga disediakan menu masakan Melayu di restoran ini, aku dengar Asam Pedas kat sini pun among menu yang popular.

Aku order Lamb Chop while the rest of my family order Grilled Chicken .... (aku tak ingat nama menu tu). Masakan Chef Ibrahim memang sedap. The best is his plating memang macam makan kat hotel mewah.

Lamb Chop yang aku order sudah mari with Mushroom Sauce
Grilled Chicken Ape Entah (aku lupa nama penuh) yang dinikmati oleh wifey & kids
Selepas selesai makan, aku berpeluang bersembang-sembang dengan Chef tetapi tak lama sebab beliau perlu sediakan makanan untuk pelanggan yang lain.

Bergambar bersama Chef kejap sebelum balik
Harga juga berpatutan dan tidak terlalu mahal. Suasana dalam restoran simple tetapi sangat comfy dan bersih. Will surely repeat datang semula bersama family dan kawan-kawan. Highly recommended untuk yang ingin menikmati Western Menu di Melaka !

Boleh lawati mereka di laman Facebook https://www.facebook.com/leque88

Saturday, January 10, 2015

Annual Dinner Geng Lendat Melaka 2014

Pada 20hb Disember 2014, Geng Lendat Melaka atau new trademarknya Geng Lendat Mangkaw telah mengadakan Annual Dinner untuk tahun 2014. Sepanjang aku joined EOCM, ni first time Geng Lendat buat Annual Dinner (aku tak sure, aku mungkin terlepas tapi as far as I can remember ni first time la).

Majlis diadakan di Hotel Bendahara Melaka. Perancangan untuk Annual Dinner ni pihak AJK Geng Lendat bagi kat aku untuk rancang dan initiate. Simple setup, santai dengan bertemakan Malam Retro Rock & Roller.

Boleh tahan la sambutan daripada rakan-rakan Geng Lendat. Hampir 40 keluarga menyertai Annual Dinner ni. As simple as the plan, majlis berjalan sederhana tetapi meriah. Hick-up here and there is normal as long as tak jeopardized event. Aku jadikan malam Annual Dinner ni untuk tengok semangat bekerjasama among new AJK Lendat dan cara bekerja setiap AJK. This is important for me as rentak yang baru perlu aku digest so that bila next upcoming event, aku akan tahu bagaimana nak rancang dan bekerja bersama rakan-rakan AJK.

Konsep makan buffet, ramai berpakaian mengikut tema. Ada cabutan-cabutan bertuah, ada hadiah untuk pakaian terbaik, perasmian logo Geng Lendat Mangkaw dan penyampaian sijil. President EOCM juga hadir pada malam tersebut bersama Mantan Ketua Geng Lendat penggal lalu.

Hotel Bendahara very supportive dan flexible. Hotel turut sumbangkan 2 hamper untuk majlis ini.

Bergambar bersama, selfie bersama ... :D
Baju pink menang 1st prize untuk Best Costume, baju biru tu pulak 2nd prize. :D
Next immediate event untuk Geng Lendat adalah Pertandingan Bowling dan akan disusuli dengan Family Day somewhere on April.

Sunday, December 21, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highland

Sempena cuti sekolah hujung tahun ni, aku dah reserved and booked cuti tahun siap-siap selama 6 hari untuk aku bawa family berjalan-jalan. Aku ada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (6 hari) untuk bercuti. Bila cuti dah approved, destinasi masih samar-samar ke mana nak pergi ni sebab aku pun tak sure lokasi mana yang menyeronokkan, tak berapa jauh, tak berapa nak tersangkut dengan heavy traffic dan hotel senang nak dapat.

Pada pagi hari Jumaat tersebut, dengan lokasi percutian yang masih belum ditetapkan, aku bersama keluarga menaiki Exora memasuki Lebuhraya Utara Selatan. Exit Simpang Ampat dan membelok ke arah Utara instead of ke arah Selatan Johor (sebab aku riki dalam internet hotel di Legoland dah fully booked). Destinasi dalam pemikiran adalah masuk ke Guthrie - Kuala Selangor - Lumut - Ipoh - balik ke Melaka. Rancang-rancangnye nak ke Lumut, somewhere area Teluk Batik. Bila dah masuk area untuk ke Guthrie, tiba-tiba perancangan bertukar setelah orang rumah kata jom naik ke Cameron. So tak jadi masuk, terus drive sampai ke Kawasan Rehat Simpang Pulai. Berhenti di situ untuk menelefon hotel-hotel di Cameron bagi memastikan yang ada tak bilik yang kosong kat atas sana. Bukan apa, takut dah jenuh panjat pastu terkial-kial kat atas sebab takde tempat penginapan yang sesuai. Alhamdulillah, panggilan pertama ke Hotel Rosa Passadena mendapat respon yang baik. Operator kata yang mereka tak terima tempahan tapi ada lagi bilik kat atas dan just boleh walk in. Heran gak aku, tapi aku nekadlah masuk Exit Simpang Pulai dan terus menuju ke Tanah Tinggi Cameron.

Malu sebenarnya nak mengaku tetapi memang fakta bahawa aku sebelum ni pun cuma pernah ke Cameron hanya sekali dalam 5 ke 6 tahun lepas. Itu pun aku ikut rombongan company trip naik bas. So this would be my 1st time la bawak kereta naik Cameron. Perjalanan berjalan lancar, hujan semasa pendakian tetapi tak lebat. Trafik agak berkurangan, jalan bengkang bengkok dari Simpang Pulai sehingga ke simpang untuk naik ke Cameron tak begitu teruk 'pusing-pusing', lebih kurang jalan dari Seremban nak ke Jelebu. Tetapi bila masuk simpang untuk ke Cameron (while jika sampai simpang tu kita terus, akan menuju ke Gua Musang), jalan 'pusing-pusing' boleh tahan hebat (macam naik Bukit Putus ke Kuala Pilah). 2 orang anak aku yang kecil bila sedikit lagi nak sampai ke Brinchang dah muntah. Yang lain nampak steady meskipun anak sulong aku nampak dah macam senyap sebab menahan pening. Yang best perjalanan naik ni, jalan tak 'jem' seperti yang aku dok sangkakan sebab kata orang kalau musim cuti sekolah jangan naik Cameron sebab 'jem' teruk. Surprisingly perjalanan amat lancar sekali, sangkut pun cuma kurang dari 5 minit kat pekan ape tah yang aku lupa namanya kat bawah sekali tu.

Sampai di Hotel Rosa Passadena, aku cuak gak sebab nampak macam takde tempat nak parking. Tapi Alhamdulillah dapat jugak parking betul-betul depan hotel setelah ada 1 lot parking yang baru di kosongkan. Proses check in di Hotel Rosa Passadena berjalan dengan baik. Very friendly staff front office pada hari tersebut. Aku menyewa bilik Deluxe yang ada 2 katil besar dengan harga RM300.00 untuk 1 malam. Bilik amat bersih dan keluasan amat baik untuk kami 6 orang. Keperluan asas semua ada di dalam bilik termasuk peti sejuk yang bersih tidak berbau. Masuk je dalam bilik semua baring keletihan. Aku dan isteri turun semula ke Exo aku untuk membersihkan muntah dan sampah di dalam kereta serta mengambil beberapa lagi keperluan.

Lega Exo dapat parking depan hotel
Selepas berehat dalam sejam, kami turun ke bawah untuk berjalan kaki ke Pasar Malam Brinchang yang tersohor itu. Cuaca petang tu memang sejuk. Ada orang kata sekarang tak sejuk, dulu lagi sejuk. Hahaha, bagi aku cuaca yang ada sekarang pun dah sejuk dah compare dengan cuaca kat bawah sana. Sebelum keluar dari hotel, aku berjumpa dengan staff front office tadi bertanyakan jika ada disediakan tour untuk ke Ladang Teh dan sebagainya. Apabila mendapat respon ada, maka terus aku booking untuk kami sekeluarga. 1 orang di caj RM25.00 untuk tour yang dinamakan sebagai Country Tour. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak dikenakan caj.

Then setelah membuat booking, aku bersama keluarga berjalan kaki menuju ke Pasar Malam Brinchang. Kalau ikut kilometer dari Rosa Passadena ke pasar malam ni, mungkin jauh sikit kot. Tapi nak kata jauh sangat ... tak jugak. Ada la dalam kurang 10 minit berjalan kaki. kepenatan tak terasa sebab cuaca sejuk tak menyebabkan kita berpeluh. Masa kat pasar malam, anak sulong aku macam takde mood sebab mungkin masih pening-pening lalat. Tak beli apa pun di sana pada petang tu, just riki-riki untuk lawatan semula pada hari esok. Pelbagai barangan dijual yang terdiri dari pelbagai jenis sayuran, produk-produk berasaskan buah strawberry, pelbagai bentuk cenderahati, pakaian, makanan dan minuman. Balik dari pasar malam, kami singgah di KFC yang amat hampir dengan hotel sebab anak ke 3 aku mintak nak KFC. Beli 9 ketul bawak balik ke bilik hotel. Malam tu kami makan bermenukan makanan hotel dengan memanggil 'room service'. 2 buah katil besar cukup untuk menampung kami 6 orang tanpa kami perlu mengeluarkan 'TOTO' dari Exo bawak naik ke atas.

Esok pagi kami bersarapan di hotel (bilik Deluxe dapat 4 breakfast percuma). Boleh tahan la kepelbagaian menu yang hotel hidangkan pagi tu. Jam 845am, kami mula menanti di lobi untuk Country Tour. Pakej ini actually kerjasama hotel dan syarikat pelancongan yang namanya Hill Top Travel & Tour Sdn Bhd. Pemandu kami membawa sebuah van yang boleh muat dalam 14 orang pagi tersebut adalah seorang uncle berbangsa cina yang agak berusia (aku agak mungkin dalam late 50's kot). Kata uncle tu ada lagi 2 orang pagi ni. Tapi lepas tunggu dalam dekat 910am, kami decided untuk teruskan dengan kami sekeluarga sahaja sebab yang 2 lagi tak datang. Kalau ikut pakej Country Tour, berikut adalah lokasi-lokasi yang akan di lawati :-
  1. Butterfly Farm
  2. Sg Palas Tea Plantation
  3. Rose Garden
  4. Strawberry Farm
  5. Pasar Pagi
  6. Bee Farm
  7. Buddha Temple
Lawatan berjalan dengan amat baik. Uncle yang membawa kami betul-betul terbaiklah. Pemanduan yang amat teliti dan bersopan. Rajin menyampaikan maklumat dan telah menukarkan lokasi Buddha Temple kepada Cactus Valley.

Van dari Hill Top Travel & Tours untuk Country Tour
Dalam 7 lokasi ini, Pasar Pagi dan Bee Farm tak berapa nak layan sebab nothing much yang ada. Bee Farm sebab kat Melaka pun ada Bee Farm plus Bee Museum, manakala Pasar Pagi pulak punya la sesak plus harga tidak semurah barangan yang dijual di Pasar Malam Brinchang.

Di Butterfly Farm, kita kena bayar RM5.00 seorang. Boleh la layan meskipun kat Melaka juga ada Butterfly Farm. Di Rose Garden (kena cover charge jugak) yang berhampiran dengan tapak Pasar Pagi ... hmmm bila time dekat tengahari, jalan dah mula sesak kat area tu. Sangkut kat sini dekat-dekat 30 minit sebab tak bergerak trafik. Ini bukan apa, aku tengok sikap segelintir pelancong yang main parking sesuka hati sampai makan jalan menyebabkan trafik tak boleh nak flow 2 hala. Bila trafik 1 hala, kiri kanan kereta parking, bila dah berdepan satu nak naik satu nak turun, mana lagi nak bergerak?

Strawberry Farm yang dilawati adalah Raju Strawberry Farm. First time wifey & anak-anak tengok pokok strawberry. Ladang Raju ni nampak very simple, tak berapa besar. Ruang yang diberi untuk pelawat tengok pokok strawberry agak sempit dan tak luas. Kat sini dia punya Strawberry Shake memang marvelous lah, mesti mau try. Aku beli 3 botol jem strawberry kat sini untuk bawak balik.

Di Ladang Strawberry Raju
Cactus Valley pun best sebab banyak pokok cactus kat sini. Cactus-cactus kecil dijual dengan harga 6 pokok RM10.00. So aku beli la holder pasu kecik yang ada 11 ruang beserta dengan 11 pokok cactus.

Dan of course, highlight tour ni adalah Sg Palas Tea Plantation milik pengeluar teh terkemuka Malaysia iaitu Teh Boh. Jalan nak masuk ladang ni memang mencabar la, nasib aku tak drive Exo aku. Jalan punya la sempit dan merbahaya. Di beberapa batang jalan masuk, memang ngam-ngam ho untuk 1 kereta lalu (kena ada konsep beralah). Ada selekoh-selekoh yang memang confirmed tak nampak kereta yang datang dari arah bertentangan, so kena bagi hon setiap kali nak masuk selekoh. Bila sampai ladang ni ... memang best la. Permandangan terbaik plus dalam kompleks pelancong tu ada beberapa pameran pembuatan teh dan tea house. Aku beli la beberapa paket teh sebab dah sampai sini, mostly untuk diberikan sebagai souvenir saje sebab aku minum Lipton. Hahaha. Nevertheless not bad la beberapa jenis teh yang dijual, aku rasa Teh Orchard Splash rasa sedap dan aku beli sebungkus.

Permandangan di Ladang Teh Boh Sungai Palas
Pelawat dibenarkan melihat cara proses teh di Ladang Teh Boh

Minum-minum di Tea House, Ladang Teh Boh.
Balik dari Country Tour, aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada uncle yang telah membawa kami dengan baik sekali. Semua family relax² dalam bilik. Aku keluar sebentar untuk hantar beberapa helai pakaian (terutama yang terkena muntah) ke dobi bersebelahan hotel dan kemudian menuju ke Restoran Nik Ikan Bakar dan Tomyam untuk beli bungkus makan tengahari naik ke hotel. Ramai betul orang kat restoran ni petang tu. Aku bungkus nasi goreng cili api, mihun goreng dan tomyam campur. Rasa masakan dia baik dan sedap. Nasi goreng cili api memang pedas giler sebab cili padi tu dia racik kecik-kecik memenuhi nasi, dah macam rupa sayur kacang panjang. Tomyam sini style tomyam putih which is not bad jugak.

Lewat petang kami berjalan ke Pasar Malam Brinchang membeli beberapa buah tangan untuk di bawa balik dan semestinya jagung cameron yang manis berbelang putih kuning tu yang dicari. Kat pasar malam ni jugak aku beli bunga kimcam goreng untuk rasa. Memang sedap lah. Pada sebelah malamnya, sekali lagi kami order 'room service' untuk makan malam.

Pasar Malam Brinchang yang tersohor
Pada hari terakhir di Cameron, kami bersarapan dalam sekitar jam 9 pagi dan kemudiannya terus check out sebelum jam 10 pagi. Once check out, Exo mula meluncur turun dan singgah di Lavender Garden untuk melawat sambil ambik-ambik gambar. Cantik Lavender Garden ni. Another great spot to visit jika ada di Cameron. Dan selepas melawat Lavender Garden, aku singgah di Cameron Valley pulak untuk minum teh. Cameron Valley atau orang panggil Bharat Tea ni adalah pengusaha teh kecil-kecilan di Cameron. Ada keistimewaannya tapi bila aku beli teh Cardamom dengan harga RM10.00 secawan ... adoii .. pahit dia memang tak syok langsung. Hahaha, aku ingat wangi macam earl grey bila dia adun buah pelaga dalam teh ... Aku minum tak sampai suku cawan. Tapi teh tarik dia memang terbaik lah !

Lavender Garden - Cantik tempat ni. Not to be missed.
Family di depan Lavender Garden
Singgah minum teh di Bharat Tea Cameron Valley sebelum drive turun
Perjalanan turun agak lancar tetapi aku plak yang hampir pitam dalam pertengahan pemanduan. Aku cuba overtake sebuah teksi di kawasan selamat yang memang lurus menuruni bukit dan once aku dah betul - betul kat belakang teksi tu nak masuk kanan, tiba-tiba aku rasa macam berpusing-pusing nak pitam. Aku tekan brek tak jadi nak potong dan memandu dengan amat perlahan sampai isteri aku tanya kenapa. Tak sure sebab apa, mungkin masalah timing pada altitude or mungkin jugak penangan teh pelaga yang baru aku minum.

Dah nak dekat di bawah, sekali lagi kedua-dua anak kecik aku muntah. So keluar sahaja Simpang Pulai masuk ke PLUS Highway, aku terus singgah di Layby Simpang Pulai untuk membersihkan anak-anak dan Exo yang kena muntah.

Perjalanan balik tak berapa nak layan sebab hujan lebat bermula sebelum Tanjong Malim lagi membawa hingga ke Nilai. GPS pulak buat hal suruh masuk Lembah Beringin. Aku ingat itu shortcut nak masuk Guthrie, tengok-tengok GPS bawak ikut jalan lama suruh Exit ke Rawang. Hampeh, buang masa.

Anak-anak still tak puas berjalan, so dalam kereta mereka minta singgah mana-mana untuk bermalam 1 malam lagi. So aku made a quick decision, masuk ke Seremban menuju ke Port Dickson. Hotel kat Port Dickson aku tak survey, last-last bila sampai Port Dickson, banyak hotel yang aku telefon dah penuh meskipun hari Isnin. Luckily ada 1 hotel namanya Akar Beach Resort yang ada kosong, itu pun bilik yang Super Deluxe. Harga bilik boleh tahan mahal dalam RM380.00 kalau tak silap aku (tak berbaloi bila compare dengan setup bilik). Di sebabkan perjalanan balik lebih panjang (singgah² + hujan), maka memang letih la bila masuk bilik. Bilik luas, takde carpet dan nampak kosong. Tapi permandangan di balkoni bilik cantik ... betul² boleh tengok sunset. Super Deluxe ada 1 katil Queen dan 1 katil Single. Malam tu just program berehat, family semua tak mau keluar so sekali lagi kita panggil 'room service' untuk makan malam. Staff yang handle order kami serta staff yang menghantar makanan ke bilik memang peramah.

Sunset di Akar Beach Resort, Port Dickson
The next day di Port Dickson, selepas bangun pagi kitaorang ingat nak cari Galeri 3D Port Dickson. Selepas a quick survey, terbatal hasrat sebab katanya lokasi galeri tu kat Lukut. Instead nak menuju ke selatan, nak kena drive up dekat sejam ke utara plak. So, kami tidak pun bersarapan di Akar Beach Resort sebaliknya terus check out dan menuju balik ke Melaka.

So tu le serba sedikit cerita pasal percutian bulan Disember bersama Exoraku. Cameron? First time drive naik dan insyallah boleh naik lagi. Baiknya trip ke Cameron ni sebab kereta kebetulan tak banyak kerana difahamkan yang Kementerian Perlancongan tidak menggalakkan pelancong ke Cameron kerana faktor cuaca dan beberapa kejadian tanah runtuh. Memang betul, terdapat beberapa jalan yang terjejas akibat tanah runtuh dapat dilihat pada sepanjang jalan menuju ke Cameron. Namun, nampak macam tidak berapa bahaya tetapi kita tak dapat pasti apa implikasi sekiranya hujan lebat berterusan di atas puncak Cameron. Hotel Rosa Passadena? Memang recommended lah. Lokasi yang amat baik. Orang kata bising. Betul, ada sikit je bising sebab ada restoran cina depan tu tapi tak la sampai tak boleh tido, unless kita nak suasana sunyi sepi then kena tido kat hospital lah. Anak-anak kecik aku tido nyenyak je 2 malam tu. :D

Until next post !


Sunday, November 23, 2014

Makam Tun Teja

Rasanya tak perlulah aku untuk explain siapakah gerangan Tun Teja. Secara asas kita dapat tahu sedikit cerita Tun Teja ni daripada filem klasik Hang Tuah lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Okay, sejak aku mula bermastautin di Melaka ni, inilah pertama kalinya aku berpeluang untuk ziarah ke Makam Tun Teja yang terletak di kawasan Merlimau, Melaka.


Mungkin atas faktor lokasi menjadikan tidak ramai yang menziarahi Makam Tun Teja. Salah satu faktor jarak dan salah satu faktor mungkin tiadanya lokasi-lokasi tumpuan lain yang berdekatan menyebabkan orang ramai tidak menjadikan Makam Tun Teja sebagai salah satu destinasi untuk dilawati.

Bagi aku Makam Tun Teja di selenggara dengan amat baik sekali. Bersih kemas dan tersusun. Dan sesuatu yang menarik perhatian aku adalah begitu harumnya suasana di sekitar makam ini apabila aku melangkah masuk ke dalam pagar sempadan yang di bina.

Untuk pengunjung ke Negeri Melaka, ziarahlah Makam Tun Teja. Jarak yang jauh (dalam lebih kurang 20 ke 30 minit dari Banda Hilir) tidak akan merugikan anda.

Tuesday, November 4, 2014

Bumper Depan Exora : Double Cobra

Well, projek untuk membuat 1 custom front bumper telahpun siap setelah hampir 2 bulan proses perancangan dan pembikinan.

Kini Exoraku telah menggunakan front bumper yang di namakan Double Cobra. Aku inginkan konsep yang macam front bumper kereta Lamborghini yang hebat tu tapi sebab Exora adalah sebuah MPV, rekaan bentuk di buat agar ada sedikit iras-iras Lambo.

Ketika proses rekabentuk sebelum acuan dibentuk
Setelah berpuashati dengan rekabentuk serta fitting yang tepat, maka acuan dibentuk dan terhasil Double Cobra
Double Cobra di pasang buat kali pertama setelah selesai proses mengecat
Double Cobra lengkap dengan tambahan diffuser
Double Cobra yang telah siap kini dibuka untuk dijual kepada pengguna Proton Exora yang lain. Harga untuk Double Cobra Front Bumper adalah RM1,500.00 siap dengan cat dan tambahan RM200.00 untuk sepasang diffuser. Pemasangan adalah di Melaka, manakala yang tinggal terlalu jauh dengan Melaka, Double Cobra akan dihantar melalui pos yang kos pos tersebut perlu ditanggung oleh pembeli.

Jika ada yang berminat untuk menghiaskan Exora anda dengan satu front bumper yang lain dari yang lain, front bumper yang garang, front bumper yang hensem hehehe, bolehlah hubungi aku untuk pembelian atau pertanyaan. Whatsapp/SMS/Call : KOSONG11DUAENAM8290SATUKOSONG.

Pengikut/Follower Blog Bersama Exoraku dan ahli kelab Exora Owner's Club Motorsport akan diberikan harga yang berbeza dengan harga yang di tawarkan kepada umum.

Wednesday, October 22, 2014

October in One Go

Bulan Oktober adalah bulan yang agak sibuk untuk aku sebab kekerapan outstation especially tugasan di kawasan selatan tanahair iaitu di kawasan Johor Bahru dan sekitarnya.

So just a brief cerita tentang aktiviti Oktober ni di selitkan dalam gambar - gambar seperti di bawah :-

Tiba-tiba aku rasa macam nak masukkan Sistem Audio dalam Exo. Pergi ke kedai accessories yang aku selalu pergi, ada la 1 set audio punya rangka yang nak dijual 2nd hand. Memang agak cun tapi tak boleh nak fit sebab custom fiber yang dirangka tu bukan untuk Exora. Tujuan aku nak masukkan Sistem Audio ni sebab bila ada 'showoff' boleh la aku bukak boot belakang Exo aku. Lor ni memang tertutup je la sebab kosong takde ape-ape.
Aku berpeluang untuk pergi ke Masjid Cina Negeri Melaka di dalam kesibukkan aku bekerja. Masjid ni masjid yang baru siap dibina dan merupakan tarikan terbaru di Negeri Melaka. Alhamdulillah dapat juga aku melihat sendiri senibina masjid ini yang unik yang mana ianya dibentuk dengan rekabentuk masjid di Negara China.
Rasa sekejap je anak bongsu aku dah sampai ke umurnya yang ke 2 tahun. Sebab dia suka sangat tengok cerita Frozen, so kek dia kali ni ditempah dengan bertemakan Olaf.
Ni salah satu hotel yang aku menginap semasa bermusafir di kawasan Kempas, Johor. Hotel Blue Bell di area Taman Impian Emas. Hotel bajet yang agak selesa dan berdekatan dengan tapak aku bertugas. Kalau tengok gambar ni, kaunter reception tu dipalang macam kedai emas pulak. Nevertheless meskipun bilik agak so-so sahaja, ianya bersih dan kakitangan pekerja disini memang friendly.
Biasa la bila ke area Johor, Mi Rebus Gearbox mesti kena cari. Yang ni aku makan kat kedai Warisan Wak Radol di area Kempas. Memang terbaik and saiz gearbox kambing dia kasau-kasau.
Aku berpeluang bermalam di KSL Resort Johor Bahru dalam 3 malam. Bilik memang comfy and cozy. Location wise terbaik sebab kat bawah terus bersambung dengan shopping mall. One thing yang aku puji tentang hotel ni adalah makanan. Selalunya makanan kat hotel boleh kata rating 'boleh layan' la tapi kat KSL Resort ni aku beri pujian sebab setiap menu yang disediakan memang diresepikan untuk kelazatan yang maksima.
Terdapat Taman Tema Air Mini di dalam KSL Resort. Aku memang tak sempat nak utilize Taman Tema ni disebabkan jadual kerja yang agak padat.
Aku sempat singgah sebentar di Johor Premium Outlets semasa aku bertugas di Kulai. First time aku pergi kat sini. Aku tak bercadang untuk membeli belah sebab masa yang suntuk tetapi aku sempat meninjau beberapa outlets untuk mendapatkan gambaran harga disini berbanding dengan luar. Yang pasti Levi's 501 memang murah dengan perbezaan harga yang agak besar. Next tme sure aku akan beli 501 kat sini jika aku bertugas di area Kulai sekali lagi.
Telah diadakan 1 simulasi untuk menangani pesakit Ebola bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. So ni tag yang aku dapat sebagai salah seorang peserta yang terlibat di bawah kategori Agensi.
Simulasi Ebola di Senai Airport yang bermula dari jam 10 malam telah berakhir hampir jam 3pagi. Beberapa situasi diadakan dengan pemantauan dari wakil daripada Kementerian Kesihatan Bahagian Penyakit Berjangkit.
Last but not least. Memandangkan semangat untuk ada Sistem Audio menebal, aku telah mula Phase 1 setup di dalam Exoraku pada awal Oktober hari tu. Aku sasarkan 3 fasa untuk Sistem Audio aku menjadi satu sistem yang lengkap. Fasa 1 bermula dengan pemasangan 2 Woofer, Monoblock dan Pre Amp. Fasa 2 yang akan dijadualkan somewhere dalam 3 ke 5 November ini pulak akan dibuat kemasukkan 4 Mid Speaker, 2 Horn Tweeter, 1 lagi Monoblock, 1 lagi Pre Amp dan rangka papan beserta lightings untuk catered Fasa 2. Untuk last phase, aku sasarkan somewhere dalam December ini untuk kemasukkan beberapa LCD Monitor dan dedicated player. Set yang aku pilih adalah set America Sound untuk semua perkakasan Speaker, Monoblock dan Pre Amp. Nanti dah siap Fasa 2, will update more.

Lupa aku nak mentioned yang aku jugak dalam proses untuk naiktaraf Front Bumper Exo aku dari yang lama ke Front Bumper Double Cobra yang mana sewaktu aku dok taip cerita ni Exo aku dah ada 2 hari kat kedai untuk proses akhir pemasangan Double Cobra. :D