Annual General Meeting bagi Exora Owners Club Motorsport telah berlangsung pada 1hb Mac 2014. Aku berkesempatan untuk menyertai mesyuarat tersebut yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam,
Aku tidak membawa pesawatku ke Shah Alam untuk menghadiri mesyuarat tersebut sebaliknya aku bersama seorang lagi ahli dari Melaka telah menumpang pesawat Setiausaha Kehormat Kelab yang juga merupakan ahli dari Lendat Melaka.
Venue mesyuarat adalah baik dan amat bersesuaian dari segi lokasi serta fasiliti yang ada.
Aku terlepas AGM yang pertama so aku rasa ingin sangat nak join AGM kali kedua ini. Pelbagai isu dibangkit semasa mesyuarat dan ianya berlangsung dalam suasana yang setiakawan. Semua perkara berbangkit adalah untuk pencerahan yang lebih jelas kepada setiap ahli serta untuk kebaikan kelab bagi jangkamasa yang panjang.
Apa isu yang dibangkitkan serta cadangan - cadanga baru? Hahaha, yang itu kena tunggu minit mesyuarat rasmi dari AJK Pusat ye.
Tahniah to Ahli Majlis Tertinggi EOCMotorsport yang telah menganjurkan AGM dengan baik.
Proud Together !