Monday, February 24, 2014

EOCMotorsport : Lawatan Tetamu Jajahan KBS ke Melaka

22hb Februari tempohari, rakan-rakan EOCMotorsport dari Jajahan KBS telah datang ke Melaka sempena outing program mereka. So sebagai Tuan Tanah, Lendat telah turut serta menyambut serta mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan KBS dalam suasana yang cukup hormoni dengan semangat setia kawan.

Pada hari tersebut, rakan-rakan Lendat telah berjanji untuk menjemput rakan-rakan KBS di Klebang Beach Resort iaitu hotel penginapan mereka pada jam 5 petang dan seterusnya berkonvoi bersama ke Medan Ikan Bakar Crytal Bay di Alai. Aku yang pada hari yang sama ada majlis kenduri di rumah telah memaklumkan kepada Ketua Pasukan yang aku akan lewat, tidak akan menyertai konvoi dan terus sahaja ke Medan Ikan Bakar. Dan secara kebetulan pula, rakan Lendat yang tinggal satu taman dengan aku juga memaklumkan beliau akan lewat sebab tugasan kerja.

So both of us keluar bersama - sama menaiki Exo masing-masing dalam sekitar sebelum jam 6 petang. Nak dijadikan cerita, apabila kitaorang sampai nak masuk jalan Pulau Gadong, konvoi Lendat + KBS sedang melintas jalan tersebut, apa lagi, kitaorng pun masuk dan terus menyertai konvoi tersebut. Sampai di BHP berhampiran Melaka Sentral, aku dan rakanku masuk ke Petrol Station tersebut mengisi minyak serta aku masuk ke dalam untuk membuat pengeluaran RM sebab aku sasarkan untuk memasang sejenis alat yang di namakan 'Botol Power' yang di bawa oleh Ketua Jajahan KBS. 'Botol' ni memang popular di kalangan rakan-rakan EOCMotorsport kerana ianya mampu mengagihkan angin yang secukupnya ke atas komponen-komponen kereta sekaligus menjadikan respon enjin & brek lebih jelas dan tepat.

Kami sampai di Medan Ikan Bakar di Alai sebelum jam 7pm, agak aku mungkin jam 630 petang kot. Makanan telah disediakan kerana urusan tempahan telah dibuat awal. Suasana di Medan Ikan Bakar meriah dengan kehadiran keluarga rakan-rakan dari KBS dan Lendat. Ada lebih kurang 13 Exora dari Jajahan KBS yang menyertai trip ke Melaka hari tu. Dari Lendat cuma ada 6 Exora kerana yang lain mempunyai komitmen keluarga dan tugasan kerja.

Di Medan Ikan Bakar Alai
Dipertengahan acara makan malam, President EOCMotorsport hadir untuk menyertai kami. Banyak juga perkara yang dapat dibualkan dari cerita hari tersebut, membawa ke MAG dan membawa ke AGM EOCMotorsport yang akan berlangsung pada 1hb Mac ini. 

Selesai makan malam, Ketua Jajahan KBS telah mengeluarkan 19 sampul angpau untuk acara cabutan bertuah. Acara ini khusus beliau buat untuk Tuan Tanah iaitu Lendat. Hadiah adalah .... "Botol Power". Semangat aku sebab memang hasrat aku nak pasang, kalau dapat cabutan ni memang elok sangatlah. Chances nak dapat pun tinggi sebab rakan Lendat yang hadir cuma 6 orang so nisbah nak dapat hadiah tu memang ada. 

Dipendekkan cerita, selepas cabutan bertuah tu dibuat ... Alhamdulillah, aku telah berjaya memilih sampul yang mempunyai hadiah. Masa untuk pasang ditetapkan pada hari esoknya jam 10 pagi di Klebang Beach Resort. Dari Medan Ikan Bakar Alai, kami berkonvoi sekali lagi menuju ke Banda Hilir. Lokasi pertama adalah di Masjid Selat untuk sessi bergambar bersama - sama. 
 
Angpau bertuah
Dari Masjid Selat, aku meminta diri untuk pulang kerana kat rumah aku masih ada ramai saudara mara yang datang. Malam tu seronok lain macam sebab dah menang 'Botol Power'. 

Pada keesokkan pagi, seawal jam 930am aku dah tiba kat Klebang Beach Resort. Sementara menanti pemasangan, aku lepak-lepak dengan rakan-rakan KBS bersembang-sembang. Then lepas tu proceed memasang 'botol'. Lepas pasang, test perbezaan prestasi kat depan jalan hotel tu. Puas hati then aku pun mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan KBS terutama kepada Ketua Jajahan atas sumbangan 'botol' tersebut. Dari Klebang Beach Resort aku terus bergerak melaksanakan tugasan/program seterusnya untuk hari tersebut. 
 
Sessi pemasangan 'Botol Power'
 
Video rakan dari KBS sempena trip mereka ke Melaka

Sunday, February 23, 2014

EOCMotorsport : Mega Annual Gathering 2014

Lama jugak tak tulis new entry. Bulan Februari ni nampak a bit tight dalam schedule aku. Selain tugasan kerja hakiki, aku betul-betul sibuk dalam menguruskan perancangan serta program untuk acara Mega Annual Gathering (MAG) EOCMotorsport yang akan berlangsung pada 31hb Mei 2014 hingga 2hb Jun nanti.


Bila sahaja ada masa lapang, memey aku akan mengadap hal-hal berkaitan MAG. So orang kata "Bangun MAG, Mandi MAG, Tidur MAG, Makan MAG, Minum MAG". Hahaha.

Back to MAG, as Geng Lendat menjadi hos kali ni maka untuk menggerakkan usaha, AJK MAG 2014 telahpun di tubuhkan dan aku telah diberikan tanggungjawab yang agak mencabar iaitu untuk menguruskan pasukan AJK MAG 2014. Dan dari situ, bermulalah pengisian masa lapang aku dengan mostly melakukan tugasan yang berkaitan dengan MAG.

Nak kick-off gear 1 memang payah sebab nak tetapkan hotel penginapan al maklum sajalah yang Melaka ni memang among the hottest tourist spot kat Malaysia especially for local & Singaporean. Jadi hotel-hotel yang mempunyai nama serta yang terletak di lokasi tumpuan tidak dapat menawarkan harga yang mengikut bajet meskipun jumlah bilik yang mahu di tempah melebihi 100 unit. Aku turut bekerjasama dengan Unit Promosi Pelancongan Negeri Melaka dalam usaha untuk mendapatkan harga terbaik namun pengurugan harga yang diberikan oleh pihak hotel selepas sokongan dari Tourism Melaka juga tidak menunjukkan penurunan yang mendadak terhadap harga pakej penginapan. Agak lama juga usaha pencarian hotel dan akhir sekali dapat juga kami bekerjasama dengan sebuah hotel yang terletak di MITC, Ayer Keroh iaitu Hotel Permaisuri MITC. It is not a 4 or 5 stars hotel tetapi ianya sesuai untuk dijadikan hotel penginapan MAG 2014 ini dengan bajet yang rancang. Plus pengurusan Hotel Permaisuri MITC juga tampak begitu fleksibel dan bersungguh dalam memenuhi keperluan yang aku serta AJK lain usulkan.

Once hotel penginapan selesai, rangka program pengisian selama 3 hari 2 malam pun di lakukan. Selepas perbincangan demi perbincangan bersama AJK serta Penasihat, maka rangka program MAG 2014 pun siap dengan jelas.

Antara promosi-promosi banner untuk MAG 2014 :-






Setelah semuanya berada di atas landasan, maka aku bersama AJK MAG telah menetapkan 1 tarikh untuk program ini di bentangkan kepada Ahli Majlis Tertinggi EOCMotorsport. Alhamdulillah, perbentangan berjalan dengan baik serta mendapat sokongan daripada mereka.


Now, pendaftaran telahpun dibuka kepada semua ahli-ahli EOCMotorsport untuk mereka menyertai acara yang menarik ini. Tumpuan AJK sekarang selain memastikan segala program yang dirancang berjalan mengikut progress, kami juga sibuk dalam mencari sebanyak mana sponsorship yang boleh kami perolehi. So far Alhamdulliah, telah ada beberapa syarikat serta individu yang bersedia untuk memberi sumbangan yang sedikit sebanyak akan dapat menjadikan MAG 2014 lebih meriah. Kepada yang ingin menyumbang, anda amat dialukan-alukan untuk berbuat demikian.

Laman rasmi Facebook MAG 2014 telahpun dilancarkan di https://www.facebook.com/groups/eocmotorsportmag2014/. Di sini terdapat segala maklumat serta berita-berita terkini tentang MAG 2014.

Perjalanan masih jauh, persediaan perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan kelancaran program. Aku bertuah kerana mempunyai beberapa AJK dari Geng Lendat yang bersama bekerja keras dalam usaha ini. This is not a one man show, ini adalah program yang perlu dijayakan dengan semangat berpasukan. This is a good platform untuk membuktikan semangat tersebut.

So, Mega Annual Gathering 2014 ... here we go !



Saturday, February 1, 2014

Gastrik & Aku ...


 Hmmm, kali ni memang lari topik kebiasaan blog sebab aku nak tulis pasal gastrik yang aku hadapi ni.

Aku mula mendapat tanda - tanda kena gastrik ni dalam dekat 3 tahun lepas. Masa tu aku ingat gastrik ni tanda - tanda dia sakit perut dan pedih perut. Aku takde tanda - tanda sakit perut dan pedih perit terlampau sampai terbongkok-bongkok sakit sampai kena baring.

Symptom aku lain. Bermula dengan rasa makanan macam tak nak turun ke perut dan terasa macam ada makanan kat tekak. Aku suspek mungkin masalah digestion / pencernaan. Aku tak terpikir langsung yang aku ni ada gastrik. Aku minum air banyak-banyak pun masih lagi rasa makanan kat tekak. Aku juga pernah beberapa kali sengaja memuntahkan makanan semula just untuk melegakan rasa kurang selesa makanan di tekak.

Bila terasa ada makanan kat tekak, maka batuk pun menjadi - jadi. Susah nak control, bila batuk bunyi memang teruk sebab rasa macam nak muntah. Bila dapat sendawa memang lega tapi sekejap je, next few minutes terasa balik makanan kat tekak. Kadang-kadang secara tiba-tiba aku sendawa keluar angin yang bergas, macam baru lepas minum air bergas walhal aku tak minum pun air gas. Worst bila sendawa tu keluar sekali dengan muntah.

Dalam masa yang sama, aku dok risau jugak tentang jantung aku. Sebab kerap rasa sakit kat dada. Dah la ada masalah pencernaan, dada pulak dok sakit ... kejap sakit kejap okay. Memang aku risau.

Last-last aku pergi ke Hospital Pantai Ayer Keroh. Aku bagitahu masalah aku then aku dirujukkan kepada seorang Pakar Gastro. Pakar tu cakap yang tanda-tanda sakit aku tu sah adalah tanda masalah gastrik. Tapi beliau kena buat pemeriksaan yang lebih details iaitu dengan membuat pemeriksaan secara Gastroscopy. Adoi, satu hal lagi.

Maka pada hari yang dijanjikan (dalam seminggu), aku pun buat la procedure Gastroscopy tu. Pakar bagi option samada nak dibuat dalam keadaan aku sedar ataupun dibius tidur. For me, ape ade setakat masukkan tiub melalui tekak pastu tengok dalam perut. Tak perlu la nak bagi aku tidur kot. Aku pun pilih buat masa aku sedar.

Memang menyesal la aku pilih option tu sebab proses tu bagi aku memang tak selesa langsung. Dah la diameter wayar tu tebal, bila dipaksa-paksa masuk ke dalam tekak ... memang nak termuntah. Angin yang keluar ikut tekak aku memang berkali-kali sampai Pakar dan jururawat pun dah tersenyum-senyum dengar bunyi sendawa aku.

Selesai proses tu, aku pun diberikan la beberapa jenis ubat. Memang lega la bila makan ubat tu ikut time sebab hilang masalah makanan tersekat kat tekak. Tapi bila ubat habis 2 hari sebelum next appointment ... masalah tu datang semula. So on next appointment, Pakar cuba bagi ubat lain pulak termasuk anti biotik yang katanya akan membunuh kuman sekiranya ada kuman dalam perut aku. Seperti yang pertama, kali ni pun sama jugak. Bila aku tak makan ubat, makanan naik semula kat tekak. Then on 3rd appointment, doktor sekali lagi bagi aku ubat yang berlainan ... dan sekali lagi tu pun masalah yang sama.

So, aku pun dah pandai dah. Hehehe. Aku tahu apa jenis ubat yang buat aku rasa selesa either Omeprazole ataupun Pantoprazole. Cuma Pantoprazole ni lebih mahal. Ada pernah aku cuba makan ubat Ranitidine dari hospital kerajaan tapi ubat tu tak tahan lama, dalam 10 jam je bertahan pastu gastrik datang balik.

Sekarang aku dah gave up untuk ke Pakar sebab aku macam jadi test dummy pulak asyik dok bertukar-tukar ubat. Last-last aku ambik decision untuk beli Omeprazole setiap bulan dan makan sebanyak 2 biji setiap 2 hari. Memang tak baik gastrik aku dan makan ubat Omeprazole ni dah kira macam rutin. Aku risau juga side effect ubat ni sebab al maklum lah aku makan secara berterusan dan untuk jangkamasa dah lama ni. Tapi aku ada jugak jengok-jengok di laman web tentang penggunaan Omeprazole untuk jangkamasa lama ... so far semua positive input yang aku dapat. Ada input pengalaman penggunaan Omeprazole untuk jangkamasa panjang di sini, ada respon positive ada juga respon negative.

Dan early last year, aku sekali lagi ke hospital pakar sebab kegusaran kesakitan pada dada sebelah kiri. Pelbagai ujian berkaitan jantung dibuat, alhamdulillah jantung aku sihat. Rupa-rupanya masalah sakit dada ni juga berpunca daripada gastrik. So treatment back to normal ... Pantoprazole jugak yang diberi. Hmmm ..

So I guess yang aku kena live with it. Suka tak suka memang gastrik ni tak boleh nak baik. Mungkin boleh kalau aku berpantang 100%. Antara makanan yang buat gastrik aku menjadi - jadi berdasarkan pemakanan aku adalah :-

  1. Kari
  2. Asam Pedas
  3. Soto dengan sambal kicap
  4. Petai
  5. Sambal goreng
  6. Masak Lemak Cili Api
  7. Pisang
  8. Cili Api
  9. Jeruk
  10. Kopi Pekat
  11. Nescafe
  12. Mee Segera
  13. Masak Berlada
  14. Makan terlalu kenyang (banyak)
  15. Makan terlalu sikit
Tu cuma segelintir dan untuk aku. Mungkin orang lain, lain pencetusnya.

Aku nak jumpa doktor mana lagi pun aku tak sure. Both pakar yang aku jumpa bagi aku ubat yang sama. Atau mungkin ada rawatan alternatif atau ubat tradisional yang aku tak tahu ... meskipun mustahil, aku masih letak harapan agar suatu hari nanti penyakit gastrik aku akan sembuh dan aku tidak lagi bergantung kepada rakan karibku buat masa kini iaitu si Omeprazole.

Bagi yang belum kena gastrik, makan pedas biar berpada-pada dan jangan skip waktu makan walau sibuk macamana pun kita.