Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua !
Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita dalam melebihkan ibadah di bulan yang mulia ini. Amin.
By the way, aku baru balik dari trip 8 hari ke Pantai Timur dari 12hb Julai ke 19hb Julai aritu. Trip Melaka ke Tanah Merah ke Kota Bharu balik semula ke Tanah Merah then terus ke Kuala Terengganu turun ke Dungun turun lagi ke Kemaman sebelum balik semula ke Melaka.
Monday, July 23, 2012
Tuesday, July 3, 2012
EOCM : Sticker Geng Lendat
Hmmm, Lendat adalah nama untuk EOCM Cawangan Melaka. Aku pun mulanya pelik apa tu maksud Lendat. Nak tanya malu tapi kena la tanya jugak sebab aku ni kira dah ahli Geng Lendat so kalau tak tau maksud Lendat tu kira gagal la.
Apa yang dimaklumkan kat aku adalah Lendat ni memang ada makna dalam bahasa orang Melaka tapi Lendat yang dipilih untuk jadi nama cawangan Melaka ni adalah singkatan bagi "Lebihan Duit Dalam Tangan". Hahaha, sebab apa nama tu di pilih sebab kalau ada duit lebih maka 'pesawat - pesawat' boleh la di solek dan aktiviti boleh la di buat. :)
Okay, maka 23hb Jun sehari sebelum TT Durian, sticker Geng Lendat pun telah dirasmikan. Aku pun sebagai ahli Geng Lendat pun ada menampalkan sticker ini kat cermin belakang 'pesawat'ku.
Demo cara tampal sticker Geng Lendat dibuat pada malam TT di Restoran Pinang Besar
Ha, ni dia sticker yang aku lekat sendiri kat cermin belakang kereta aku. :)
Monday, July 2, 2012
EOCM : TT Durian Geng Lendat
Pada 24hb Jun 2012, aku berkesempatan untuk menyertai Kelab EOCM Geng Lendat Melaka untuk satu gathering yang di namakan TT Durian. Bukan sahaja terbuka untuk EOCM Melaka tetapi untuk semua ahli EOCM.
Banyak juga durian yang disediakan yang mana setiap kereta dikenakan bayaran RM30.00. Durian yang ada adalah durian kampung dan durian tembaga. So bonus la untuk mana - mana ahli yang tahu pilih durian tembaga tu.
Best jugak TT Durian ni, at least masa tu dapat la berjumpa dengan geng - geng EOCM lain seperti Geng Ganazz, Geng Warikh dan Geng dari Batu Pahat. Lebih kurang nak dekat 35 buah 'pesawat' yang participate.
So hopefully aku akan dapat join the next gathering anjuran EOCM tak kira dari Geng Lendat mahupun geng - geng dari jajahan yang lain.
Durian + Banner Geng Lendat
Ni pulak Banner untuk Geng Ganazz
Bos EOCM Melaka, Kechat memulakan majlis dengan bacaan doa
Ni Chief EOCM Southern Region memberi sepatah dua kata pembukaan
Lepas kenyang makan durian, semua yang hadir bersantai sambil sembang2 sampai dekat jam 5 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)