Tuesday, September 23, 2014

Xtreme Carnival Autoshow 2014 - The Malaysia Book of Records

Satu lagi rekod telah berjaya dicipta oleh EOCMotorsport di dalam Malaysia Book of Records pada 20hb September yang lalu di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Sebagai salah seorang urusetia program, berikut adalah catatan yang aku nak kongsi bersama :-

Aku bertolak ke Tanjung Malim bersama anak lelaki aku pada 18hb September 2014. Kami bertolak lebih kurang dalam jam 1245 tengahari. Memang aku rancang untuk bertolak awal pagi somewhere dalam jam 8 atau 9 pagi tetapi disebabkan pada awal pagi tersebut, aku balik ke rumah pada jam 5 pagi, maka hasrat untuk bertolak lebih awal ke Tanjung Malim terpaksa aku lewatkan sedikit. Kelewatan aku pulang ke rumah pada pagi tersebut juga berkaitan dengan program kerana aku menanti bumper hadapan aku siap yang mana sehingga ke jam 430 pagi, ianya masih belum pun 60% siap. So aku decided to gave up, pasang semula bumper original dan balik ke rumah.

Aku tiba di Tanjung Malim dalam sekitar jam 4.30 petang. Jalan agak sibuk yang mana laluan aku adalah PLUS masuk ke Elite masuk ke Guthrie dan masuk semula ke PLUS sebelum keluar di Exit Tanjung Malim. Ini merupakan pertama kali aku masuk Tanjung Malim ni. 

Sampai sahaja di Tanjung Malim, aku terus menuju ke hotel yang telah ditempah awal iaitu LP Hotel Tanjung Malim. Dengan berpandukan pada harga bilik semasa tempahan, aku menyangkakan yang LP Hotel adalah satu hotel yang gah berdiri dengan bangunan sendiri, sebaliknya apabila aku tiba di hotel, ianya adalah sebuah hotel yang di dalam deretan rumah-rumah kedai. Kos bilik aku untuk 1 malam bagi bilik Katil King Executive adalah RM298.00. Perghh ... harga mengalahkan hotel-hotel yang biasa aku bermalam di bandar-bandar besar. Orang hotel kata harga mahal sebab tarikh yang aku bermalam adalah tarikh Super Peak. Nak tak nak, memang aku bersetuju untuk bayar sebab aku tiada pilihan, almost semua hotel di Tanjung Malim sudah penuh. Selepas urusan check in, aku dan anak aku terus naik ke bilik. Memang bilik yang aku ambik ni cun, bersih dan kemas. Bilik air juga ada bath tub. Tapi still aku personally rasa yang harga RM298.00 satu malam adalah way too expensive jika nak compare dengan hotel-hotel lain yang setup mereka lebih gah di bandar-bandar besar. Breakfast pun tiada. Tapi okay la, friendly staff and bilik yang selesa.

LP Hotel - Bilik Executive King
View dari tingkap hotel
Pada malam 18hb tersebut, aku bersama 2 lagi rakan EOCM telah ke tapak acara iaitu di Padang Kawat Universiti Sultan Idris. Selain persediaan mendirikan khemah-khemah acara, kami turut berbincang strategi dan isu-isu semasa berkait dengan acara. Turut membantu adalah beberapa rakan EOCM dari Tanjung Malim. Kami bersurai lebih kurang dalam jam 1230 pagi sebelum menikmati makan malam (late dinner) bersama. Balik hotel dalam jam 1.30 pagi, keletihan, main handphone kejap dan terus lena.

Keesokkannya, as early as 8 pagi, aku bertolak dari hotel dan terus ke UPSI tapak karnival. Pagi tu satu per satu peniaga - peniaga yang menyewa tapak gerak mulai masuk. Ada 11 khemah yang diperuntukkan untuk peniaga. Jika diikutkan pembahagian tugasan hari pertama dan kedua acara, aku ditugaskan untuk menjaga acara Autoshow. Akan tetapi, memandangkan acara autoshow dikhabarkan cuma akan bermula selepas waktu Maghrib, maka pada pagi tersebut aku secara sukarela menjadi AJK untuk menguruskan khemah-khemah dan menjadi perantara kepada penyewa-penyewa khemah. Pagi tersebut juga AJK-AJK yang telah tiba berganding bahu dalam menyusun kerusi dan meja. Berpeluh jugak angkat kerusi ngan meja ni.

Selepas urusan susan kerusi meja dan pembahagian khemah kepada peniaga selesai ... hmm ... what's next? AJK Marshall memulakan tugasan marking dan ukur padang kawat sebelum tengahari. Ini merupakan persediaan yang amat penting kerana marking inilah yang akan menentukan formasi bagi acara puncak untuk hari esok. Tanpa ukuran yang tepat serta marking, formasi pasti tidak akan dapat dilakukan. AJK - AJK lain pula hanya berlegar-legar di sekitar padang kawat dan memberi sokongan kepada AJK-AJK Marshall. Sekumpulan AJK lagi menuju ke salah sebuah homestay yang disewa untuk bertugas menyediakkan Goodies Bag serta T Shirt Acara. By the way, T Shirt acara bagi peserta dan urusetia beserta dengan T Shirt "Limited Edition EOCMotorsport" untuk jualan adalah tugasan yang aku buat yang mana ianya di tempah di Melaka.

Nothing much happened pada 19hb tu selain AJK Marshall membuat marking dan ada 1 sessi pengambaran dari sebuah syarikat pengambaran iaitu Lensa Production yang telah diberikan amanah oleh pengurusan Malaysia Book of Records untuk membuat siri MBOR 2014. So as productivity level untuk kebanyakkan AJK agak kurang sebab tiadanya aktiviti yang hendak dilakukan, most of us decided to go back early ke sarang masing-masing berehat untuk menyimpan tenaga agar keesokkannya 'bateri' akan berada di tahap maksima.

Rakaman dari syarikat Lensa Production
Aku balik hotel lebih kurang dalam jam 8 malam, terus menuju ke restoran KFC yang kebetulan hanya beberapa meter dari hotel. Tapau 2 set Snack Plate dan makan kat dalam bilik hotel. Selesai makan, anak aku siapkan homework cuti sekolah dia yang masih belum siap while aku dok melayan wassap ngan fb kat telefon.

20hb September 2014, ini lah harinya yang di nanti - nanti. Peserta-peserta berkonvoi menuju ke Tanjung Malim. Ratusan Exora dari ahli EOCMotorsport keluar awal pagi dari destinasi masing-masing untuk 1 tujuan ... mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records.

Aku ke UPSI awal pagi dalam jam 745am sudah bertolak keluar dari hotel. Aku adalah among 5 AJK yang terawal tiba di tapak lokasi acara. Dalam masa yang singkat, satu persatu AJK mula masuk bertugas diikuti dengan peniaga-peniaga yang menyewa khemah.

Persediaan awal pagi dibuat oleh semua AJK yang memainkan peranan masing-masing dan satu persatu kumpulan konvoi mula tiba. Suasana menjadi semakin sibuk dan semakin meriah. Aku yang bertugas sebagai AJK Autoshow mula membuat setup khemah Autoshow, membantu pendaftaran serta penyusunan kereta autoshow dll. Selepas settle down untuk Autoshow, aku mula bergerak melihat main activity iaitu formasi exora dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk berjumpa rakan-rakan ahli yang lain. Proses penyusunan formasi berjalan lancar.

Dalam jam 12 tengahari, semua exora telah tiba di UPSI dan suasana memang meriah. Gerai-gerai di tapak khemah menjadi sibuk, begitu juga dengan khemah AJK juga sibuk. Acara persembahan dari artis Cat Farish & the Fabulous Cats menghiburkan para peserta diikuti dengan aksi dari kumpulan 'stunt bikers'.

AJK ada disediakan dengan makan minum, so aku cari anak aku yang memang dok enjoy dengan kawan-kawan baru dia untuk ajak dia makan sekali. Dalam suasana hujan, aku share makan nasi bungkus bersama anak aku.

Selepas semua Exora tersusun kemas dan formasi terbentuk maka dalam sekitar jam 4 petang, wakil dari MBOR telah naik ke pentas dan membuat pengumuman kejayaan EOCMotorsport dengan disambut dengan keriuhan jeritan kegembiraan ahli-ahli EOCMotorsport yang hadir. Sessi serahan sijil MBOR kepada President EOCMotorsport memey 'touching' la dengan iringan lagu "We Are The Champion". Aku dok perhati je Project Manager MBOR 2.0 ni masa tu sebab aku tahu pressure yang dia mengadap untuk memastikan event ni dapat berjalan dan berakhir dengan kejayaan. You had done it brother Ryz APC. Although bukan your effort secara solo tetapi your determination untuk merancang, berusaha serta menggerakkan pasukan AJK memang pada waktu dan saat penganugerahan itu, you deserved untuk bergembira dan merasai kepuasan kejayaan mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.

Dapat sahaja sijil MBOR, setiap peserta dari setiap jajahan mana yang sempat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan sijil MBOR tu. Boleh tahan jugak lama sessi keraian tu, ada dekat 30 minit ada. Semua AJK-AJK dan peserta-peserta dalam mode kegembiraan. Tahniah to all of us.

Aku pun tak mau terlepas peluang posing bersama sijil MBOR

Acara selepas acara kejayaan adalah acara cabutan-cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang autoshow tapi pada waktu ni 'pesawat-pesawat' Exora ada yang mula beransur-ansur secara berkumpulan sedikit demi sedikit. Dan dalam jam 6.30 petang, Padang Kawat UPSI telah kosong dan hanya Exora-Exora AJK sahaja yang ada plus a few Exora peserta. Namun disebabkan banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang ada, acara tetap diteruskan. Sebelum waktu Maghrib, sessi selesai dan AJK-AJK mula membuat pembersihan tapak acara bersama. Apa lagi, kami semua kena kutip sampah ... huhuhu.

Dalam dekat jam 8 malam, aku bergerak pulang ke hotel penginapan. Sebelum masuk bilik, aku makan malam di sebuah restoran bersebelahan hotel yang namanya Eazy Cafe. Restoran kecil dan well setup ni rasanya milik peniaga cina tetapi nampak ramai  pelanggan-pelanggan Melayu yang makan dalam tu. Ada logo Halal JAKIM di hadapan cermin masuk ke restoran so no doubt about isu halal. Malam tu anak aku makan EasyCafe Chicken Chop manakala aku makan menu yang namanya memang panjang tapi bila datang cuma Mee Maggie yang di masukkan a few simple seafood macam jejari ketam, udang dan cendawan. Boleh tahan la masakan depa.

Masuk bilik, badan terasa lesu dan kaki pun dah sakit (tapi sakit lagi bila masa Mega Annual Gathering aritu). Berehat bersama anak di dalam bilik sambil tengok TV yang takde Astro (RM298.00 1 malam tapi takde channel Astro seh?). Beradu agak awal dalam jam 12 malam akibat keletihan.

Pada 21hb, aku checked out dari hotel dalam jam 1050 pagi dan terus masuk ke PLUS highway menuju pulang ke Melaka. Perjalanan agak smooth sebab aku expect akan heavy traffic tapi sebaliknya kereta agak kurang. So aku boleh pecut dan sampai di Tanjung Minyak dalam sekitar jam 1.10pm. Sampai rumah, makan nasik dan Zzzzz sampai lewat petang.

So, tahniah kepada semua ahli-ahli EOCMotorsport di atas kejayaan kita ini. Tunggu pula untuk our next big event !

Dan di bawah adalah Klip Video yang aku telah buat untuk event kali ini. Well, dah lama dah aku tak main buat video ni, dulu masa tahun awal 2000 memang aku selalu buat, sebab dah lama tak main, rasa macam slow plak nak produce klip video yang 8 minit lebih ni. Enjoy !


Tuesday, September 9, 2014

Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil

Last Saturday and Sunday ada kerahan bekerja pulak. So no cuti weekends untuk aku. Loco untuk tugasan adalah di Seremban. Dan dalam masa hari Sabtu yang sama, aku ada 1 event jemputan untuk aku penuhi iaitu Majlis Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil di Dewan MITC, Melaka yang mengikut jadual bermula pada jam 6.30 petang.

Rushing dari Seremban, aku singgah di kedai yang aku repair front bumper (tinggalkan exo di kedai untuk proses repair kes cracked kat Jelebu & upgrading) dan tiba di MITC lebih kurang dalam jam 6.30 petang.

Suasana kat MITC aritu memang packed sebab ada banyak events. Dewan untuk event aku masih kosong sebab masa masih awal. Selesai registration, aku masuk dan mengambil tempat duduk.

Majlis bermula jam 9 malam lebih sikit setelah tetamu kehormat Tan Sri Mohammad Ali bin Rustam tiba dengan iringan President BATAS, YM Ayah PLG Al-Rawa masuk ke dewan majlis. Once seated, majlis rasmi bermula.

Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil pada malam tersebut adalah sangat meriah dan terlaksana dengan jayanya. Tahniah untuk rakan-rakan dari BATAS Bukit Katil terutama kepada sahabatku Ayahanda Wan Bobby yang merupakan Pengerusi BATAS Parlimen Bukit Katil ni.

Makan malam walaupun bermula lewat dalam sekitar jam 11 malam tetapi memang worth it sebab hidangan adalah set Chinese Menu yang lazat.

Aku terpaksa minta diri dalam jam 12 tengahmalam kerana perlu balik berehat untuk bertugas di Seremban pada awal pagi tersebut.