Friday, August 17, 2012

Ceh, Cermin Pecah !

Masuk hari pertama bulan Ogos 2012, lepas waktu kerja, aku pun menuju ke exoraku dan bertolak untuk pulang. Baru saja tak sampai 5 meter 'pesawat' bergerak, aku tengok ikut cermin pandang belakang & lihat cermin belakang exoraku nampak kelabu. bila aku amati betul2, ceh ... pecah rupanya cermin exoraku.

Aku berhenti di tepi jalan, termenung sekejap sbb cermin exoraku bukan pecah sikit-sikit tapi dah retak seribu. Terfikir juga yang cermin belakang ni aku tak insurankan so kos menggantikan cermin ni akan aku tanggung 100% sendiri. Hmmm, betul-betul dugaan bulan Ramadhan.

Beginilah rupa cermin yang dah retak :-


Aku tak pasti apa punca cermin boleh pecah tapi yang sure ianya berlaku masa aku dalam pejabat lagi. Aku tengok sekeliling memang takde tanda-tanda orang mesin rumput so aku rasa samada ianya terkena batu jalan besar atau ianya terlalu panas, defect pastu cracked. Aku pun tak sure.

Dengan menghubungi Ketua EOCM Negeri Melaka, aku dapat anggaran akan berapa RM untuk ganti sekeping cermin ni + nama kedai selain Service Centre yang boleh aku pergi untuk dapatkan cermin baru. Perbezaan harga lebih kurang dalam RM100 sahaja, so aku decided aku akan hantar ke Service Centre Proton untuk penggantian.

Kalau tengok kat gambar atas, nampak bahagian hujung semua dah jatuh sbb takde grip, manakala bahagian tengah retak tapi still intact sebab ada security tinted film.

Lepas hantar kat Service Centre, memanglah lama nak tunggu. Hampir 2 minggu 'pesawat' aku kat Service Centre sebab stok cermin belakang takde kena order. Aku faham la, jarang orang pecah cermin belakang, 1 kes dalam seribu kot. Selalu cermin depan yang selalu kereta lain dok kena. :)

Anyhow, last week aku dah dapat semula Exoraku & semalam aku telahpun pergi tinted semula cermin belakang dengan material yang sama. Cuma last time aku pakai kelabu, this time atas kesilapan technical, aku terbeli yg kaler hitam.